Monday, September 30, 2024

Kita Travel Bukan Sebab Kita Nak Menunjuk Kita Kaya


Aku suka dengan pendapat ni.

Kita travel bukan sebab kita nak menunjuk kita kaya.

Tapi ini sebabnya:



1. Fikiran, pengalaman, pemahaman pasal dunia luar akan lebih terbuka luas. Lihat dunia dengan mata burung bukan katak di bawah tempurung.



2. Satu penghargaan untuk diri sendiri atau orang yg tersayang setelah kerja keras dalam hidup. Bila bawa travel dengan anak bini. Hubungan keluarga makin rapat. Begitu juga dengan kawan2.


3. Akan belajar ilmu berdikari. Orang yg selalu travel ni campak mana pun tetap akan hidup.



4. Cipta sweet memory dalam hidup. Kata org duit boleh cari. Tapi kenangan kena cipta sendiri. Bila dah tua, ada kenangan nak cerita ke anak cucu.



5. Yang penting pakai duit hasil sendiri. Jadi orang lain tiada hak mau pertikai. 🤐

Duit boleh cari, tapi masa tak boleh undur balik.


Kredit : Vector Auto

Wednesday, September 25, 2024

Mengapa Kita Perlu Pergi Melancong

 

Mengapa Melancong Adalah Penting: Faedah Meneroka Kedua-dua Tempatan dan Luar Negara.

Pernahkah anda terfikir mengapa begitu ramai orang melaburkan masa dan sumber untuk melancong? 

Melepaskan diri daripada kesibukan harian, melancong terbukti mempunyai manfaat yang besar, baik di dalam maupun di luar negeri. 

Perkongsian kali ni, kita akan meneroka beberapa sebab mengapa melancong merupakan pengalaman berharga yang boleh memperkayakan hidup anda.


1. Kefahaman Budaya Yang Mendalam

Mengembara memberi peluang untuk memahami dan menghargai kepelbagaian budaya. Dengan melawat tempat baharu, anda boleh menyaksikan keunikan tradisi, kesenian dan sejarah wilayah yang berbeza. Ini membuka mata anda kepada pandangan dunia yang berbeza dan menawarkan peluang untuk menghargai kepelbagaian dalam kalangan masyarakat.


2. Pembelajaran Sejarah dan Warisan

Di dalam dan di luar negara, setiap tempat mempunyai sejarahnya sendiri. Melalui pengembaraan ini, anda boleh belajar secara langsung tentang peristiwa bersejarah, monumen dan warisan budaya. Mengalami tapak bersejarah secara langsung boleh memberikan gambaran yang lebih mendalam dan menghidupkan kisah silam.


3. Pertumbuhan Diri dan Pembangunan Diri

Perjalanan memerlukan fleksibiliti, kebebasan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Ia membolehkan anda berkembang sebagai individu yang lebih mudah menyesuaikan diri dan berfikiran kritis. 

Anda akan menghadapi cabaran baharu, berinteraksi dengan orang daripada latar belakang yang berbeza dan mengembangkan zon selesa anda.


4. Meningkatkan Keterbukaan dan Toleransi

Mengalami pelbagai budaya boleh membuka minda anda kepada kepelbagaian global. Ia boleh meningkatkan tahap toleransi dan keterbukaan anda kepada idea dan nilai yang berbeza. Perjalanan juga membantu menghilangkan stereotaip dan membina pemahaman silang budaya yang lebih baik.


5. Menyegarkan Minda dan Mengurangkan Tekanan

Percutian menyediakan rehat yang sangat diperlukan dari rutin harian. Mengubah persekitaran dan pemandangan boleh menyegarkan fikiran anda, mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental anda.


6. Pengalaman Kulinari yang Memuaskan

Setiap destinasi mempunyai masakan yang unik. Melancong menawarkan anda peluang untuk merasai hidangan tempatan yang lazat dan memenuhi citarasa anda. Pengalaman kulinari boleh menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan anda.


7. Menyokong Ekonomi Tempatan

Dengan bercuti di dalam dan luar negara, anda boleh terus menyokong ekonomi tempatan. Melalui pembelian cenderahati, makanan dan perkhidmatan tempatan, anda menyumbang kepada kekuatan komuniti dan memberi kesan positif terhadap kemampanan ekonomi mereka.

Melancong bukan sekadar melawat tempat baharu, ia mengenai pertumbuhan peribadi, pembangunan budaya dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

Jadi, bukalah diri anda untuk pengembaraan baharu dan nikmati faedah berharga daripada meneroka di dalam dan luar negara.

Jika anda ada plan untuk melancong ke tempat yang tertentu, saya boleh cadangkan beberapa pilihan sebab saya juga baru mendaftar sebagai agen kepada Zahin Travel.

Nanti saya akan kongsikan pakej-pakej menarik yang ada. Stay tuned!


Sunday, September 22, 2024

Tips Ringkas Untuk Yang Ingin Melancong Ke Luar Negara



Kami kongsikan tips ringkas ini bagi membantu anda yang baru pertama kali merancang untuk melancong ke luar negara.

1. Tentukan destinasi pilihan

Bila dah tahu nak ke mana, baru senang nak cari maklumat. Anda boleh dapatkan info di internet atau bertanya pada kenalan anda yang dah pernah sampai ke sana.

Ini dapat menjimatkan masa sekiranya anda dah rancang dari awal. Cari tahu di mana letaknya port-port menarik, lokasi makanan halal dan cara untuk akses ke semua tempat tersebut.

Selepas ambil kira semua faktor di atas, barulah anda boleh tentukan untuk menginap di mana. Oh! Jangan lupa untuk semak laporan kajicuaca dulu ye. Kalau anda ke sana masa cuaca kurang elok, memang terperap dalam bilik saja lah nanti. Rugi! Rugi! 

2. Jangan Berlebihan

Walaupun anda berasa sangat teruja untuk pergi melancong, tapi cuba untuk kawal diri ye.

Tak perlu bawa semua pakaian yang ada dalam almari anda tu. Hanya bawa barang yang penting dan perlu saja.

Beg yang kecil dan ringan bukan saja memudahkan anda untuk bergerak, malah dapat menjimatkan kos penerbangan.

Jangan lupa! Setiap penerbangan akan kenakan caj tambahan sekiranya barang anda melebihi had yang ditetapkan. Daripada membazir bayar caj tambahan tu, lebih baik kalau duit tu digunakan untuk beli-belah. Betul tak? 😝

3. Sediakan salinan penting

Pastikan anda sediakan sekurang-kurangnya satu salinan bukti pengenalan diri anda. Terutamanya pasport,visa dan kad pengenalan. Simpan dalam beg yang berasingan ye.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Jadi, tidak salah kalau kita sediakan payung sebelum hujan kan.

Dan ingat! Apapun yang berlaku, tenangkan diri dan sentiasa berfikir secara rasional. 

4. Bersedia Untuk Sesat

Kami cadangkan supaya anda tidak gunakan mana-mana perkhidmatan agensi pelancongan. Cuba untuk rancang itinerari anda sendiri. Lebih jimat dan aktiviti anda akan lebih fleksibel.

Sesat sekali-sekala apa salahnya. Inilah masanya untuk kita jelajah setiap pelosok jalanan yang ada di tempat yang kita kunjungi tu. Yang penting, jangan cepat panik. 

Oh, satu lagi! 

Pastikan ada kamus atau aplikasi bahasa bersama anda ye. Ini bagi memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan di sana nanti. :)

Saturday, September 21, 2024

Blog travelling pula



Assalam.

Selepas ambil masa untuk pertimbangkan, maka saya ambil keputusan untuk libatkan diri dalam bisnes travelling pula. Sememangnya melancong adalah minat saya sejak dulu lagi dan apa salahnya jika hobi ini yang boleh dijadikan bisnes, kan?

Pastinya banyak yang boleh dicoretkan dalam perjalan ini dan harapnya akan menjadi satu platform yang paling sesuai merakamkan setiap perjalanan yang dibuat. :)

Sebagai permulaan, saya ingin kongsikan catatan perjalanan saya ke London pada tahun 2009 yang lalu. Walaupun atas urusan kerja masa tu tapi bak kata pepatah, jauh berjalan luas pengalaman!